Pages

Sunday 11 November 2012

cuti sekolah dah mula~ape agenda terbaik~

 Seronok nyer bdk2 sekolah skrg kan, sbb cuti sekolah dah bermula...ada yg x sabar nk balik kg & dah ada  mak ayah yg dah hantar anak2 balik ke kg. Org lain seronok bercuti tp calon2 SPM sekrg tgh berusaha keras dgn exam. X terkecuali niece saya yg 1st tu Nur Hidayah. Tiap2 hari xtvt penuh dgn TUISYEN. Hope she do the best for the best among the best. Musim cuti sekolah ni mesti byk dpt jemputan kenduri kawin kan. Next week jiran sblh rumah kat kg kawin.  Hadiah pon blom cari lg ni, apa lah nk beli ni. 

 For me, it's time to do more interesting things... as a housewife, cooking is the best thing for me now. Tgk org makan masakan kita pon dah rasa kenyang (sambil mkn sama). Byk jgk resepi baru yg dah dicuba & sekarang teringin nk cuba wat kuih tako yg ala2 kuih tepung pelita tu. 

 Teringat ms zaman study di Melaka dulu, tiap kali ramadhan je saya & housemate mmg xkan lupa utk pergi ke Bazaar Ramadhan setiap ptg. Yelah student, kdg kelas habis kul 6pm mane sempat nk masak ape sgt pon. So jln terbaik time tu, tunjuk2 jelah. Bazaar Ramadhan yg paling best utk kami time tu, Bazaar Ramadhan Pantai PeringgitSemua ada, kecuali mak ayah jer xde jual hehe. Kuih favorite saya dah tentu lah KUIH TAKO. Ramai peniaga yg jual kuih ni, senang sgt nk cari. Tp sejak dah berkahwin & stay kat rawang ni rupanya mmg susah sungguh nk cari kuih ni mmg xde pon yg jual kuih ni kat sini or even kuih tepung pelita pon payah jugak nk cari. Finally terfikir nak try wat sendiri lah lau menjadi leh wat bln posa thn dpn.

 Insya Allah coming soon saya akan update story about this kuih Tako. Tu pon kalau menjadi lah. hehe

HazimWasim




Monday 5 November 2012

Solat Dhuha~Amalan Rasullullah saw~

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang Sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-


Maksudnya...

”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Rasulallah SAW bersabda :-

" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


Pengenalan Solat Dhuha :-

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :-

- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:-

- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha


Maksudnya :- 

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

HazimWasim

Friday 2 November 2012

Donut Gebu & Lembut

Teringin punya pasal, last week adalah try wat donut nih. 1st time try wat n so-so lah. heheh hmmm sempat jgk lah bwk balik kg sbb wat guna sekilo tepung. En boss komen kena manis sikit lg, hmmm biasa lah en boss kan oghe kelate, w/pn dia xkuat mkn manis tp bab2 kuih muih ni mmg dia suka sgt terasa kmanisan kuih tuh. Well, leh lagi modified utk ms akan dtg...maklum la nama pon 1st try.  

Saya kongsikan dgn anda semua, how to make "DONUT GEBU"


Bahan2 nya:-


1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera brand Mauripan (11g)-tp cuba kurangkan lah takut tlalu kembang
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air
p/s: guna kaedah goreng tenggelam maap le kalo salah bahasa

Cara2 nya:-


  • Larutkan garam, susu ke dlm air. 
  • Gaulkan yis dgn tepung sampai sebati
  • Masukkan minyak masak & gaul ramas sampai sebati. Butiran adunan kalo blh biarlah halus2 jgn kasar2 sgt kalo nk donut nnt cantik.
  • Masukkan susu yg dh dilarutkan dgn garam tadi. Gaul lah guna jari-jemari anda sehingga adunan menjadi doh.
  • Adunan mmg melekit & melekat kat tgn tp toksah riso yer. Kaut dgn sudu lah lg senang letak sikit minyak masak kat tgn waktu menguli doh.
  • Rehatkan kejap doh dlm 10mnt pastu sambung uli semula dlm 5mnt, pastikan adunan doh tu dh x mlekat kat tgn & bekas adunan.
  • Bahagikan adunan doh kpd doh yg lbh kcl kira2 50g setiap satu. (Anggaran 30-35bj donut).
  • Bulatkan adunan doh menjadi bebola yg licin.
  • Leperkan dlm 1-1.5cm & tebuk lubang gunalah penutup botol or ape sj alatan yg sesuai nk buat lubang kat tengah donut tu.
  • Biarkan donut yg dibentuk tu mengembang dlm 15-30mnt. Tp bg sy lau dh guna 1pkt yis mmg xpyh tggu dia kembang sbb dlm kita nk siapkan membentuk donut tu, donut2 yg dibentuk awal dh kembang pon, so xleh tggu lama2.
  • Kalo yg dh terror tu xpyh nk siapkan bentuk donut sampai habis satu adunan, sambil bentuk terus goreng. Tp lau agak2 kelam-kabut nnt xpyh lah, takut ada lak yg hangit nnt.
  • Goreng sampai keemasan, golek2 atas gula kastor.
  • Hidang & MAKAN. 

susu & garam + air
tepung yg dh sebati dgn Yis mauripan
ni lah rupa yis mauripan tu bg yg x tau mcmna rupa nya
setelah jadi doh but still nampak sticky
Saya guna gula Ising terlupa ada gula castor
Antara yg dah dibentuk...huduh lak x sama size
Ni utk simpanan time lapar leh goreng garing

 Tips:-

  • Lau nk mkn sikit shj, balance donut yg ada tu xpyh lah goreng sampai garing keemasan jgk. Anda leh goreng sekejap shj utk kekalkan bentuk donut.
  • Simpan dlm bekas tertutup & simpan dlm freezer.
  • So rasa2 nak mkn time hujan2 mcm ptg ni, boleh lah terus goreng shj. Mcm frozen food yg anda selalu beli tu. Tp yg ni hasil air tgn sendiri. Mesti puas hati punya lah!
Si little Myra pon suka kuih ni...saki baki doh tu saya goreng wat Burger Malaysia sebab ada lebihan sambal bilis Nasi lemak so saya juz bentuk kan bulat dan leperkan terus goreng garing. Belah dua jgn sampai putus sumbat lah dgn sambal bilis. Siap buat bekal makan dalam kereta lg dgn si Myra...Habis lah sebiji kat dia sorang sambil tunggu adik saya queue nak masuk toilet. Balik kg time raya, mane2 R&R pon penuh.

Akhir kata dr saya....

Cuba jgn x Cuba 

HazimWasim


Wednesday 31 October 2012

Penghibur Hati

balik dr kg sempena cuti raya korban hr tu, si kecik Myra tu makin byk plak gelagat n telatah dia...
otw dr kg, dlm kereta lg dia dh tunjuk perangai baru dia....mgamuk pon 1 hal...pening gak kepala nk phm dia...plus h.way sesak gilerrrr sampai kebas segala2 anggota badan nih...en. Boss x balik pon sbb kekangan krja. So, nasib lah dpt balik dgn adik yg bongsu tuh 

kat rumah ni pon hr2 dpt tgk gelagat baru Myra...nk gelak pon ye gak bl dia tiru aksi kita yg besar nih...
besar dh anak dara aku nih....nk bg adik kat dia? hmmmm kena pk byk tuh, tgk cara dia nih mmg suka take attention, lau dpt adik mmm mau kena buli dgn kakak Myra nih...silap hr bln kena mkn pnampar x pon kena tokak dgn kakak Myra lak...huhu

aku nih kurang pyabar sikit n agak garang dgn Myra, so bl dia wat salah n aku pon marah dia taw lak dia follow ckp aku pastuh....nk amik ht mama garang dia nih.

sebenarnya mjaga anak sendiri nih mmg mnuntut byk ksabaran, kdg2 bl aku pk2 balik ape yg aku nk marah sgt kat dia bl dia wat salah? dia bkn taw apa2 pon lg....so aku lah yg salah sbb marah dia...hmmm. byk nk kena baiki. 

kena byk belajar lg utk jd ibu yg mithali...ohoih.